Wednesday, November 25, 2009

Kemeriahan Bahau, Negeri Sembilan

Tat kala ini, Bahau pekanraya bersejarah, di penuhi dengan orang ramai beraneka ragam. Al-maklum lah, zaman cuti sekolah dikombo dengan cuti budak U dah tiba. Dia punya ramai tak hingat. Ada kapel, ade ramai-ramai macam rombongan sekolah, ada yang buat jamuan, jumpa kawan lama, beli baju, cucuk duit, calen motor sape lagi laju, dan usha hanphone baru.

Syukur awek ramai. Kalau turun pekan pakai spek mata hitam dan baju 'SAYA SAYANG MAK SAYA' orait gak ni!

p/s - hoii persatuan Crusty Bahau, jom la balik, layan teh ais sama nasi lemak ayam rempah kat lorong!!

Pukul Berapa Sekarang??

Ahh.. Selamat tengahari! Lama betul aku tidur. Macam-macam mimpi ade.

Wednesday, November 11, 2009

Misi Terpadam

Perut rasa lapar. Terasa padah nya kalau satu hari tak makan. Sempat telan roti cokelat ngan air kotak Vico tengah hari tadi. Budak-budak tingkat atas terbongkang tidur. Tak student langsung tidur awal. Budak-budak pratikal kat bawah tengah asyik dengar lagu grindcore sambil layan awek Mespes. Ahh.. makan esok pagi je la.

Secara bijak nya aku layan blog kat tingkat atas sorang-sorang. Hati memang dah niat nak tulis entri baru. Otak plak tak pikir benda lain selain cerita hantu. Banyak gak koleksi cerita hantu yang aku pernah dengar dan alami. Aku tutup lampu. Baru ade feel.

Baru nak tulis tajuk, aku terdengar bunyi bayi menangis kat luar tingkap. Tak syak lagi, jiran sebelah punya bayi menangis. Aku sambung tulis. Bayi tadi tak berhenti menangis lagi. Kuat plak kali ni.

Aku turun tingkat bawah ajak budak-budak pratikal pergi makan. Makin lapar plak perut ni.

Monday, November 9, 2009

Hantu Mantu 2

Malam sudah tua. Hati nya tergerak untuk tidur. Selesai juga filem Pocong 2 di tonton Syam. Dia mengkritik filem itu kurang seram. Dewasa ini filem hantu kurang menyengat tidak seperti dahulu, tambah nya lagi. Dengan siapa dia bebel pun dia tak tahu. Kawan-kawan nya yang lain sudah k.o awal.

Dia ke katil dan dengan senang me'landing badan nya lembut. Dia memeluk bantal panjang kaler putih kesukaannya. Sham tidak nyenyak tidur tanpa bantal panjang nya itu. Biar la bantal panjang itu di ganti dengan Megan Fox sekali pun, masih tidak boleh menandingi bantal panjang itu yang diberi nya nama Shiro. Syam agak jambu.

Lebih kurang pukul 3 pagi, dia terbangun kerana rasa ingin terkencing. Dengan sepantas kilat dia ke tandas. Lawatan nya ke tandas agak lain macam. Syam buat dono. Sham terasa ada orang lain meng'follow nya dari belakang. Dia menoleh tiada apa-apa. Dia Memerhati lagi. Lagaknya seperti orang berani tetapi hakikatnya dia hati kucing.

"Ehh.. itu bantal aku tu" katanya seorang diri yang mula ingat dimana dia menjemur bantal nya itu siang tadi. Dia dah mula resah. Baru tadi dia memeluk bantal nya didalam bilik. Sape punya bantal dia peluk tadi. Fikir nya banyak kali. Setahu nya, hanya dia seorang yang memiliki bantal serupa itu.

Dengan cepat dia membuka pintu. AHHH.. terkejut yang amat Syam. Dia melihat bantal panjang nya itu berdiri tegak sambil melompat lompat keliling katil. Bantal nya itu tidak ubah seperti POCONG!!

"Macam syial.. Aku peluk Syiro ke, aku peluk pocong tadi!!" Jerit Syam sambil berlari ke rumah warden.

Sunday, November 8, 2009

Formula Terkesuma

Lempar mercun + Baling botol + Serang FRU + Bakar kerusi + Pukul orang + Halau Mak cik Negeri Sembilan + Darah-darah + Kejar dan pukul beramai ramai + Tahan penyokong Negeri Sembilan nak kejar Train + Lontar batu + Pecah kereta plat N + ludah bendera = KURANG SOPAN!!



Sinopsis malam final Negeri Sembilan vs Kelantan yang 30% sahaja keluar surat khabar Metro. Selebih nya cerita pasal Shukor Adan pemain terbaik perlawanan. Pihak berkuasa patut ambil tindakan tatatertib.

Nasib aku pakai baju kaler biru. Kalau tak dah lama kene riot.

Friday, November 6, 2009

Hantu Mantu 1

Sehelai demi sehelai buku nya di belek. Sekali sekala dia meneguk air milo 3 in 1 yang sudah sejuk itu. Jam menunujuk kan pukul 1 lebih. Kawan-kawan nya yang lain sedang enak melayan mimpi-mimpi indah. Rahman mula risau. Satu haram pun dia tak paham apa yang dia baca. Test pagi esok. Entah sempat ke dia untuk habis kan satu buku dalam satu malam dan satu malaysia.

Suasana malam itu agak suam-suam kuku. Lantas Rahman membuka tingkap agar memberi ruang angin malam masuk menyeluputi biliknya itu. Rahman mambaca buku menghadap tingkap agar lebih syahdu.

Selang beberapa minit, lalu seorang guard di luar tingkap bilik nya. Guard itu mengemukakan beberapa soalan. Rahman menjawab dengan tenang.

"Kenapa tak tidur lagi ni"
"Baca buku pak cik, sok nak test"
"Jangan lewat sangat, tak elok"

Pak Guard tu pun mem'blah kan dirinya. Rahman sambung study nya semula. PUUKKK!! Rahman menghempas buku nya tadi. Kurang ajar betul hempas buku. Dia menjenguk ke luar tingkap. Pelik. Muka nya suspen. Dia terus ke katil nya meninggalkan meja study. Dia mula niat untuk tidur.

Rahman puas memikir. Macam mana Guard tadi boleh berada kat luar tingkapnya, padahal bilik nya berada di tingkat 5!!

Celaka aku nak study la!!! - Rahman menjerit dalam hati.

(sebuah kisah benar yang berlaku di Kolej pelajar UITM Kedah)

Korang pikir lah ape moral value cerita ni???

Monday, November 2, 2009

Awek-Mawek Friendster


Tadi aku check Friendster aku yang dah berkurun-kurun tak update. Agak semak. Setelah , meng'reply segala comment dan message, aku sengaja check 'who's view me?'.. Ciss!! semua awek. Ntah sape-sape ntah. Nasib sorang pun tak de yang berkenan di hati.

Aku baru letak 'masih solo' kat My Shoutout Stream, dah ramai awek friendster menggelupur tengok profile aku, belum lagi aku letak 'masih gersang'. Silap-silap, artis-artis je lepak kat friendster aku. Masa tu la baru aku upload gambar seksi tepi pantai!!



Alamak artis skang banyak guna Facebook. Celaka!