Saturday, June 30, 2012

Katak Gedabak

Brader ni power sebab tangkap katak sambil hisap maboro.

Suatu Ahad tidak lama dahulu, lebih kurang bulan 5, saya bersama abang dan adik pergi berkelah di Jeram Tengkek, sebuah sungai berair terjun yang sedap. Air nya sejuk, tenang, damai dan malar segar. Dalam menikmati mandi yang totally hanyut dibuai keindahan hutan dan deruan air terjun di selangi jerit tawa makwe baju basah, keluar suatu benda bergerak dari bawah sungai.

Ya, seperti di dalam kepala otak anda semua, benda itu ialah seekor katak. Bukan calang-calang katak, katak ini gedabak dia punya besar, hampir menyamai seekor ayam belia lepasan SPM. Katak gedabak itu di tangkap oleh seorang brader lepasan askar. Brader tu nak bela gamaknya.

Ini katak kalau dia nampak budak 5 tahun, sekali NGAP je ni. Saya anugerahkan katak ini, sebagai 'King of Frog' seluruh Daerah Kuala Pilah. 


Thursday, June 14, 2012

Kekembar

Kembar kawan-kawan gua adalah dari golongan artis. Ini adalah sesuatu yang osem! 




1) Jamaluddin dan Ferddie Mercury
    Persamaan - Suka ke pusat karaoke, melalak dalam bilik air.
 2) Amlishah dan Noh Hujan
     Persamaan - Suka berkaca mata gelap, sombong, membela misai, Kelantan FC
 3) Ayor dan Addy Ashraf 
     Persamaan - Berkumis nipis, menangguk puyu, menampar guru.
 4) Fadila dan Agnes Monica
     Persamaan - Study group, sayur kaylan, senyum bergigi
 5) Siti Nazeera dan Stacy
     Persamaan - Durian, berpoco-poco, Wanita UMNO
 6) Khalis dan Luis Suarez
     Persamaan - Pantas, Nokia, Slipknot.

 7) Meor dan Zizan
     Persamaan - Islam, asam laksa, bermain Poker.
 8) Fazlina Surip dan Misha Omar
     Persamaan - Mengumpul besi-besi lama, menghidupkan api dengan teknik laga batu, Vanilla Coke
 9) Olan dan Hiro Nakamura
     Persamaan - Celik porn, shuffle di tempat kerja, sepak tiang letrik (hilangkan stress)
 10) Shah Emelia dan Azean Irdawaty
       Persamaan - Gemar ke FunFair (main Bingo), merah jambu, Triple-H 
 11) Siti Sauziahti dan Nora Danish
       Persamaan - Megi tom yam letak cili padi, menyapu laman rumah, membuli jiran
 12) Syapiq dan Azad
       Persamaan - Kuda belang, Sum 41, mencungkil celah-celah kuku
 13) Hafizah dan Vanidah Imran 
       Persamaan - Mengunyah kertas, gemar masakan ibu, cekap bermain futsal.
 14) Faiz Azri dan Rich Estranged
       Persamaan - Mendengar THR, melepak di Tesco berdekatan, game token.


Ada beberapa sahabat gua yang gua tak reveal lagi, diorang cuba sorok dan tidak mahu berkongsi maklumat ngan gua. Tak pe, gua selongkar dengan teknik DIY.