Thursday, September 6, 2012

Duet Padu Pada Minggu Pertama Raya 2012


Ini lah hasil nya jika kami ahli-ahli Belia Sri Garden berkumpul. Ya, kami bermain musik bersama. Kadang-kadang main lagu berat, kadang-kadang main lagu ringan macam video kat atas. Bukan nak kata kami terror main musik macam adik Najwa Latif, tapi sekurang-kurangnya kami ada aktiviti bagus selain merempit dan mengganggu gadis di bustop. 

Kadang-kadang kami berkumpul di rumah ketua kampung membincang hal ekonomi Sri Garden yang makin lama makin kurang cantik kenaikan graf dia. Malam-malam kami lepak di kedai makan, Tam Corner. Agak-agak dengar tokey kedai basuh kuali yang secara tetiba je kuat bunyiknya, kami pun balik untuk tidur. Petang-petang kami main badminton. Kod dia boleh tahan jahanam.

Ok dah melalut. Lagu ini kami tuju khas kan kepada semua yang mengenali kami, dan kepada orang-orang yang kami rindui. Lagu yang di beri tajuk 'you belong to me' nukilan The Dupress dan pernah di nyanyikan oleh Jason Wade untuk filem Shrek. Bagus lirik dia. Sangat puitis tak semacam lagu Ainan Tasneem yang jelas liriknya mendatar dan tak berbunga. Sama macamnya kita menulis karangan "aku sebatang pen" waktu darjah-darjah dulu. Sekarang dah trend. Perempuan+berhijab+pandai main gitar+muka ada sikit+suara halus+Youtube=Artis recording berlirikan sampah. 

Ok melalut lagi. Mintak maaf. Persembahan kami ni kurang mantap. Kalau masuk caklempong mungkin sedap kot.   

Tuesday, September 4, 2012

Raya 2012 Yang Mengancam!

Selamat Hari Raya kepada kamu. Moga raya kamu hebat macam Slipknot. Saya di sini ingin berkongsi hal Raya saya itu hari. Saya sambut raya macam orang lain sambut. Orang pergi masjid, saya pun pergi masjid. Orang makan lemang, saya pun makan lemang. Orang mintak maaf, saya pun mintak maaf. Satu je saya tak ikut, iaitu membakar mercun sebab saya alah mercun.

Pagi raya, bangun awal, smart-smart pergi masjid. Tengah hari sikit balik kampung arwah wan. Lepas jumpa sanak saudara cerita hal kerjaya dua tiga pam, saya bersama adik balik ke rumah semula. Geng belia Sri Garden dah panggil mencarut. Tak sabar melakukan onar di petang raya yang kental. Lalu kami beradik berlalu pergi dengan speed yang malar menuju ke rumah Calok, seorang belia berambut megi.

Acara tahunan raya ini tidak akan kami tinggal kan iaitu Sesi Fotografi. Beberapa belia tak dapat hadir atas alasan munasabah. Yang hadir hari itu semuanya kemas berbaju melayu, bersamping dan berselipar raya. Lokasi kami tetap di bendang sawah padi yang menghijau ranum sambil angin bertiup sipu-sipuan. Suasana boleh tahan cantik. Tak berapa nak panas, tak berapa nak gelap, bak kata orang 'suam-suam tea-o'.

Di sini saya lampirkan beberapa foto untuk kamu tatap bersama. Dengan berlatarbelakang alunan  lagu 'Satu Hari Di Hari Raya' daripada M. Nasir secara akustik, kamu enjoy la ye.