Monday, November 22, 2010

Police : Please - (kisah betul)

Hulk kecil tengah mengamuk sakan.
(gambar di ambil di sini)

SEMPADAN N. SEMBILAN & PAHANG, seorang makwe dan mak nya di tahan di sebuah sekatan jalan raya kira-kira pada pukul 2 pagi. Mak memandu penuh cool kerana tiada ganja di dalam keretanya. Kereta di berhentikan. Seorang polis muda mula bersoal siasat. Lesen, 'rodtek', cermin sisi, radio, semuanya ok. Polis bertanya, "boleh mintak no phone?" Mak makwe menjawab, "budak ni belajar lagi". "Belajar mana?" tanya polis itu dengan sopan-sopan celaka. Pertanyaan tak di balas. Polis itu merayu-rayu hendak juga no phone makwe tu. Makwe hanya memandang muka suci mak dia. Polis tu merayu lagi. Juga tidak di balas. Sesi perayuan agak lama berlangsung. Tidak di balas juga. Akhir nya kereta itu dilepas kan setalah gagal dalam misi mendapatkan no telefon makwe tersebut. Apakah?

Persoalan

1) Damn tak itu polis muda?
2) Perasaan, pandangan dan tindakan anda jika di dalam situasi begini.

Konklusi

1) Nak ushar awek bertempat la, jalankan tugas dulu, mentang-mentang la pakai baju biru ada
pistol.

2) Bidang pemolisan tidak akan tercalon untuk pemilihan kerjaya masa hadapan saya. Di ulangi,
TIDAK AKAN!

Wednesday, November 10, 2010

Cuti dan Parti Liar

Bulan-bulan syurga cuti dah masuk. Budak-budak sekolah riang sebab tak payah nak kapor kasut lagi, buku nota dan buku sifir tolak tepi, boleh bangun lambat-lambat, buka mata boleh layan kartun sambil bedal nasi goreng. Cuba la bawak-bawak pergi diskas pasal landskap jalan kampung sama tok ketua, tak ke bagus tu. Pergi cat masjid ke, cabut rumput tepi kubur ke. Ini tak, asal jumpa kengkawan diskas pasal motor, pasal sape boleh buat 'up' lama lama. Kalau diskas pasal UMNO boleh tahan lagi.

Time cuti ni la kenduri kahwin banyak. Macam raya lepas, kenduri kahwin lagi banyak dari rumah terbuka. Pantang ada cuti sikit. Mak aku dah list kan alamat-alamat yang ade bikin kenduri. Aku ngan Paan, orang pangkal Kampung Sri Garden, beberapa mat rempit dan sebilangan kutu berahak akan hadir di setiap pelusuk kenduri. Lepas makan, sesi karaoke plak. Tak karaoke tak kenduri kahwin namanya!!



Paan asyik di pelamin, terbayang kahwin ngan Rozita Che Wan barangkali.
Stail duduk yang jijik. Damn.



Majlis perkahwinan rakan sekelas aku Fikri Ismail bersama isteri nya, Kak Zahirah, seorang kadet remaja sekolah berpangkat sarjan semasa di sekolah dulu. Dorang sudah pun menerima seorang cahaya mata berpangkat lans koperal.



Aku segak mempergaya kan muka Joker di rumah kenduri berhampiran. Diberitakan 16 keluarga pulang semula ke rumah masing-masing. Gambar memberitahu aku baru selesai sendawa unta setelah lauk gulai labu di balun rakus.


Monday, November 8, 2010

PROMOSI SOS




Sos Cili Serting Ilir adalah salah satu produk original dari Kampung Serting Ilir, Bahau, Negeri Sembilan. Anda boleh membeli nya secara borong banyak-banyak atau secara solo. Kepada yang berkenan akan sos ini, boleh lah membeli nya secara langsung di kilang pemprosesan atau kedai-kedai berhampiran Bahau. Paling dasyat guna Gugel pun boleh. Khidmat pesanan ringkas punya stail pihak promosi belum membeli Sim Card yang sesuai lagi. Sebarang tawar-menawar akan di tampar. Sape-sape nak guna kiriman Pos, jangan lupa bayar kos penghantaraan, kalau tak pihak kilang pos pakai kotak tin susu je.

Iklan Sos (seperti di dalam gambarajah) adalah hasil titik peluh seorang Pais untuk assignment GED557.

Tuesday, October 26, 2010

Semalam saya makan nasik berkuah kan kari lagi.

Demi mendapat kan keputusan yang boleh buat aku tersenyum, aku telah berhampas pulas membuat satu asignment hingga aku tersenyum akhirnya. Bukan tersenyum kerana mendapat markah yang best-best, tapi tersenyum tatkala melihat duit telah kontang di dalam poket mahupun tas tangan.

Cepat-cepat aku pergi ke dapur rumah untuk mendapatkan mesin ATM. Setelah kad bank berjenama Bank Islam masuk kedalam mesin ATM itu, kata laluan di minta. Aku pun dengan senang hati menaip xxxxxx. Tanpa segan silu, aku telah meminta wang daripada mesin ATM itu sebanyak Ringgit Malaysia 18 000. Tangan ku tadah menggigil di bibir mesin tersebut.

AHH.. ape hal lama plak kene tunggu ni. Sekali tertera di skrin mesin, " fak, duit ko tinggal RM15.. jangan ngada-ngada taip rM18 000. Otak ade tak nak guna..". Mesin itu terus mencarut keriangan.

Aku buat muka sposen kat mesin tu. Mesin itu buat dek seolah-olah aku tiada di hadapan nya. Dia tak pernah nak tau ke, aku ni ada bau-bau kuini sama Torres. Respect la sikit. Hati ini marah lalu pergi ke mamak untuk makan. Cis!! Kuah kari lagi!



Mahadir The Smart Boy - Assignment 3 hari buat, lantak la, asal kan siap, ye tak!!

Monday, July 5, 2010

LIVE! Dari Shah Alam. Mari Menonton!



"Selepas menonton harap semua berterima kasih dan bertepuk tangan lah kepada saudara Pais kerana memuat naikan video live saya, esklusif untuk anda semua dari blog beliau..."

yang benar,
Paisal Mahir

Wednesday, June 23, 2010

Perihal Seorang Pais 2

Dalam banyak-banyak budak kat dalam kelas darjah 5, saya seorang sahaja pakai basikal kaler ungu. Macam biasa tempat duduk ada sedikit bengkok, time ni memang fesyen nye macam tu. Tak bengkok, tak rider student Sekolah Rendah nama nya.

Badan saya masa darjah-darjah adalah antara yang terkecil, tetapi berbakat besar serta hensem. Saya pernah masuk Bintang RTM tetapi di reject kerana badan saya kecil.

Saya memakai songkok ketika di sekolah rendah. Ini bukan fesyen. Dan bukan juga mempunyai niat untuk menyimpan rambut panjang. Mengapakah saya bersongkok? saya sendiri pun tak tahu. Mungkin hensem lebih bila bersongkok. Jika saya bukak songkok, kelihatan la rambut saya yang belah tengah iras-iras Tomok.

Saya seorang pengawas berbaju biru dan berkhidmat penuh etika kepada sekolah. Walaupun seorang pengawas yang berwawasan, kehadiran pagi-pagi ke sekolah tetap juga lambat. Nampak nya basikal saya kene 'obehol' lagi biar dia lagi laju. Tak de la asyik kene denda je datang lambat. Mungkin juga tempat duduk kene bengkok lagi.

Dulu saya ada minat seorang awek kat dalam kelas saya. Saya di reject lagi. Dulu sekali kene reject ngan Haliza Misbun. Saya pun redha. Selepas itu saya masuk derajah enam. Saya ada mohon untuk terus lompat Tingaktan 1. Rupanya kene ambik UPSR dulu kat derajah 6. DAMN!


Yang mana saya agak-agak nya?

Monday, June 7, 2010

Perihal Seorang Pais 1

Saya pais. Saya budak baik. Dulu saya belajar kat Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Kikir. Dulu punya dulu lagi saya bersekolah di Sekolah Kebangsaan Serting Ilir. Masa pra sehingga derajah satu, mak saya yang hantar kan saya pergi sekolah. Setelah pandai buat 'wili' ngan basikal, saya mula berbasikal ke sekolah hingga derajah 6. Tempat duduk basikal saya bengkok skit. Baru nampak laju orang kata.

Selepas itu saya di masuk kan kedalam Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Kikir setelah University Liverpool menolak tawaran saya untuk belajar di sana. Melepas la saya untuk berjumpa Steven Gerrard. Niat untuk menyewa rumah beliau terpaksa dilupakan serta merta. Kat sekolah menengah saya pelajar yang boleh tahan bengap. Masa mendaftar mula-mula masuk form 1, rambut dah kene kerat ngn cikgu bob. Style gunting dia memang paling terbaik dengan rambut bertakuk takuk. Kesian saya tidak dapat membela rambut panjang seperti Aisyah dengan lagu janji manis mu. Rupa-rupa nya sekolah menengah kat Batu Kikir tak sama ngan sekolah menengah kat negara omputih yang sesuka hati nak berambut panjang dan sesuka hati nak pakai apa gi sekolah...

Thursday, May 6, 2010

Hadapi Dengan Senyuman

'Selamat Datang' kata sorang awek penjaga kaunter Shell Seksyen 7 berhampiran Unisel, bila aku masuk mart sebab nak cucuk duit. Mesra betul awek tu. Aku kasi senyum ala-ala Sharukh Khan, ghairah gitu. Memula aku check baki , harap-harap ada RM20 ribu ke atas. Kejap lagi nak makan boleh oder benda mahal-mahal skit. Ahh, ngam-ngam rm 20 ribu dan beberapa sen. Aku keluar RM 10 ribu je, lepak tepi simpang, oder cendol pulut satu, kenyang nya sampai ke malam.

Thursday, April 29, 2010

Cerita Dulu-Dulu..

Arghhhhh.. menguap macam singa. Lepas buang taik mata, aku terus pegi depan tv. Adik aku tengah tunggu cerita Dragon Ball. Hari Ahad bese nya lepas tengok Dragon Ball kene basuh kasut. Part ni memang malas. Basuh ala kadar je, malam nanti kapur kasi lebih, cantik la dia.

Petang menjelma. Lebih kurang pukul 3. Aktiviti petang ni tak dirancang lagi. Adik aku tengah rilex-rilex depan tv. Ahhh.. tak stailo tengok kartun petang-petang. Dengan spontan aku ajak dia pergi pasang jerat belakang rumah. Pergi jerat burung puyuh.

Barang-barang dah siap. Skil-skil menjerat ni aku blaja sama satu kawan. Dia bab menjerat, memancing ikan memang first class. Bab mengelentong hebat juga. Kami ke belakang naik basikal. Belum sempat nak kayuh, abang aku yang baru nak keluar main bola kat padang panggil aku.

"Woii. klau berani poie la kek belakang tu.. rimau, ular, gajah, singo, zirafah sumo ado kek belakang tu!"

Kami simpan basikal balik. Masuk rumah tengok katun. Hati ada bimbang juga bila dengar pasal singa sebab kat tv citer binatang, singa itu ganas dan makan daging.




Pais The Return!

Kerja-kerja hampir berkurangan, maka blog ini hampir aktif semula. Maka nya aku akan rajin semula menulis macam 8 tahun lepas. Malam ni sebelum tengok Liverpool lawan Altetico Madrid, aku akan tulis satu. Kalau rajin aku tulis 3. Kalau Tizz Zaqiah ajak sms, aku tak tulis. Esok aku tulis.

Sunday, March 21, 2010

Fak Guard

Ketidakpuashatian pelajar ngan pak gad memang sangat sinonim sekali. Tidak kira kat tempat belajar mana-mana pun. Berlagak tak tentu pasal. Asal nak cari kesalahan memanjang. Mentang-mentang pakai baju stail polis.

Ada pak gad yang buat perangai. Stail tahan budak secara random. Ada sekali sorang gad tahan aku, mintak keluarkan rokok. Dalam ramai-ramai aku sorang je yang kene check. Aku budak jenis tak hisap, dia paksa gak keluarkan. Habis beg ngan kocek seluar aku di selongkar. Last-last dia kasi lepas. Kat situ gak aku rasa nak angkat jari tengah kat gad tu, nasib aku seorang yang sopan. Damn!

Ada satu ketika, member aku ada nampak sorang gad isap rokok dalam kawasan U. Member aku gertak nak kasi report kat pihak atasan. Terus member aku di rasuah dengan di beri lesen full untuk membawa rokok masuk dalam kolej. Kedua-dua nya sama hancur.

Kat Uitm Johor, ada sorang makwe ni di SMS oleh seorang gad kat situ. Niat nak ushar makwe ni. Nombor tipon dia ambik kat report kad. Makwe ni buat report. Tapi tak berhasil. Gad gatal tu berjaya lepas setalah di bekap ketat oleh ketua gad. Celaka tak perangai?

Tak semua gad tak sopan. Ada yang baik dan berbudi pekerti. Layan budak dengan elok. Ni pak gad jenis pergi khusus tak ponteng ceramah punya. Yang penting, bidang pemakgadtan aku cuba elak kan untuk kerjaya aku masa hadapan.

Tuesday, March 16, 2010

Saya bizi macam tuutttuuuttt

Hampir di hantar ke pusat pemulihan akhlak akibat melakukan perkara kurang sopan di khalyak ramai.

Kerja tak pernah nak putus-putus datang. Sampaikan nak menulis pun tak de masa. Ni pun curi-curi masa rehat. Kalau hidup gini sampai dah kerja boleh tak kahwin aku gamaknya. Nak makan tengah hari pun kene ushar jam berkali-kali. Telan nasi ikut dan.

Ahh.. aku cool punya orang. Sebizi bizi aku pun, time kene main futsal, aku main futsal. Time ngejas awek, aku ngejas awek. Time tengok movie, aku duk terpacak depan pc layan penuh kekusyukkan. Time facebook kita facebook.

Petang-petang habis kelas, aku layan cendol kat tepi simpang. Bertambah sedap plak cendol brader tu. Dia letak dadah ke apa. Nasib baik tak pening-pening lepas melantak.

Itu masa aku nya rehat dah tamat. Mari kita sambung buat kerja untuk negara.


Saturday, February 6, 2010

Pagi Yang Indah

Tadi pagi, dalam pukul 6.30, baru aku melelap kan mata. Semalaman tak tidur.Petang pergi Animasia, buat interview kompani, malam layan game kat facebook, pukul 2 pagi main futsal. Gila apa main futsal waktu hantu mantu keluar riadah. Fernando Torres pun bergulung selimut lagi time-time gini. Balik futsal baru sentuh asignment ntah apa-apa ntah.

Agak-agaknya, hidup macam ni sihat ke tidak??

Miss Terri yang pakai baju biru itu sungguh cantik orang nya.

Monday, January 11, 2010

Restoran Cap Hakim

Perut tadi yang lapar sudah berisi ayam goreng dan nasi kuah kari hasil masakan dari restoran Hakim, sebuah restoran mamak 24 jam kat Shah Alam.

Hakim nampak memang dah maju dan berjaya. Daripada kerusi sampai la dia punya pinggan semua bercop nama Hakim. Namun pekerja yang yang merangkap sebagai jaga kaunter aku kurang puas hati sikit. Muka tak de perasaan. Senyum tak. Cakap pun tak. Masam je muka. tak mesra pelanggan langsung. Nasib baik ayam goreng sedap.

Tadi ramai betul orang. Walaupun perlawanan bola sepak secara live tak ade, orang tetap ramai. meriah je nampak. Ade yang bawak awek... Awek?? Ciss.. teringat plak kat awek lama. Celaka punya Hakim.

Hoii ane!! mana teh ais??!!

Thursday, January 7, 2010

Lama Betul Lepak Kampung. Pagi Bersenam. Petang Layan ABC. Malam Lepak Tam Corner.

YESSS!!! Sesi pembelajaran dah bermula untuk sem ni!! Taniah Pais!!