Saya dan sahabat bernama Kery dan Ruhil Ruslan telah menjayakan satu blog berbentuk blog komik. Dalam blog ni semua nya komik. Tak ada karangan. Tak ada gambar muka sendiri. Tak ada video dari youtube. Semua nya komik semata-mata. Dengan berkisarkan hal-hal masyarakat dan isu-isu terkini, anda layan la Blog Sarkas ni.
Jika ada sebarang idea dan nak hantar komik gak, sila cari saya di Bahau atau di Shah Alam.
http://blogsarkas.blogspot.com/
Wednesday, January 4, 2012
Wednesday, December 21, 2011
Saturday, October 29, 2011
Jamming Petang Di Kampung
Jika kami (Kominitas Sri Garden) tak melepak di Bahau sambil meninjau perkembangan anak-muda rambut kaler dan awek sekolah seluar pendek, kami akan berkumpul di rumah dan berborak sakan. Setidak-tidaknya, kami akan berkugiran bersama, melalak tak tentu pasal dan cuba mencipta lagu. Kadang-kala, kami akan mendengar lagu-lagu jahat semacam Slipknot atau Municipal Waste. Namun aktiviti ini lebih baik dari menaikan harga tiket sewenang-wenangnya. Syabas FAM.
Cover song dari Greenday - Macy's Day Parade
Paan- Vocal / gitar
Eriq - Bass
Pais - Keyboard
Thursday, October 27, 2011
Wednesday, October 26, 2011
Thursday, October 6, 2011
Gaya Komunitas Sri Garden Menyambut Raya
Walaupun sebulan raya dah habis, namun peduli apa aku nak post blog pasal raya. Sirap raya pun ade belen lagi dalam 2 3 bancuh. Ape de hal.
Raya tidak akan asyik jika tiada sesi bergambar. Pagi raya, sah-sah ambik gambar dengan family. Gambar salam-salam tu kemestian, sama kemestiannya memakan lemang bersama rendang.
Bagi ahli-ahli Sri Garden, sesi bergambar bersama ini kira aktiviti penting komunitas. Raya agak suram jika aktiviti ini di batalkan. Biar lah tidak di taja mana-mana pihak kerajaan Bahau, namun ia dijalankan dengan penuh jaya. Komunitas kami berasa sedikit kesal kerana Haliza Misbun tidak dapat hadir bersama.
Petang raya pertama menjanjikan suasana yang penuh riang ria dengan kehadiran ahli-ahli Sri Garden lengkap berpakaian baju melayu serta samping. Dengan lagu tema Menjelang Hari Raya nyanyian DJ Dave, anda layanlah hasil gambar di bawah.

Cameraman - Wazir
Editing - Pais
Idea - Paan
Produksi - Lecak Studio House
Krew
-Pais
-Paan
-Wazir
-Am
-Calok
-Eriq
-Hafiz MT
-Pahim
-Amal
-Bard
-Haliza Misbun
Tuesday, October 4, 2011
Fernando Morientes & Haliza Misbun

Selain berminat dengan Haliza Misbun semasa di tingkatan-tingkatan dulu, aku juga berminat dengan gaya penyerang dan penyudah sensasi, Fernando Morientes. Walaupun skill geleceknya kurang mantap, tidak semacam Fernando Torres, tetapi penyudahnya sangat cemerlang lagi-lagi jaringan melalui tandukan. Dengan memiliki muka yang macho habis, beliau sering kali menjelir kan lidah ketika meraikan jaringannya.
Fernando Morientes pernah juga bermain di beberapa kelab lain seperti AS Monaco, Liverpool, Valencia, dan O. Marseille. Pada Masa Sekolah dulu, aku menulis nama beliau pada pencil box menggunakan liquid paper tanda sokongan mendalam. Tatkala membuka pencil box, hati aku terus bersemangat padu lalu terus pasang angan untuk lulus add math. Tetapi Haliza Misbun tak jua aku lupakan.
Aku yakin dan pasti, Fernando Morientes tidak pernah menyaksikan drama Cinderella lakonan mantap Haliza Misbun sambil melantak goreng pisang panas cicah kicap pedas. Percayalah..

Subscribe to:
Posts (Atom)