Saturday, October 29, 2011

Jamming Petang Di Kampung

Jika kami (Kominitas Sri Garden) tak melepak di Bahau sambil meninjau perkembangan anak-muda rambut kaler dan awek sekolah seluar pendek, kami akan berkumpul di rumah dan berborak sakan. Setidak-tidaknya, kami akan berkugiran bersama, melalak tak tentu pasal dan cuba mencipta lagu. Kadang-kala, kami akan mendengar lagu-lagu jahat semacam Slipknot atau Municipal Waste. Namun aktiviti ini lebih baik dari menaikan harga tiket sewenang-wenangnya. Syabas FAM.


video
Cover song dari Greenday - Macy's Day Parade 

Paan- Vocal / gitar
Eriq - Bass
Pais - Keyboard

Thursday, October 6, 2011

Gaya Komunitas Sri Garden Menyambut Raya

Walaupun sebulan raya dah habis, namun peduli apa aku nak post blog pasal raya. Sirap raya pun ade belen lagi dalam 2 3 bancuh. Ape de hal.

Raya tidak akan asyik jika tiada sesi bergambar. Pagi raya, sah-sah ambik gambar dengan family. Gambar salam-salam tu kemestian, sama kemestiannya memakan lemang bersama rendang.

Bagi ahli-ahli Sri Garden, sesi bergambar bersama ini kira aktiviti penting komunitas. Raya agak suram jika aktiviti ini di batalkan. Biar lah tidak di taja mana-mana pihak kerajaan Bahau, namun ia dijalankan dengan penuh jaya. Komunitas kami berasa sedikit kesal kerana Haliza Misbun tidak dapat hadir bersama.

Petang raya pertama menjanjikan suasana yang penuh riang ria dengan kehadiran ahli-ahli Sri Garden lengkap berpakaian baju melayu serta samping. Dengan lagu tema Menjelang Hari Raya nyanyian DJ Dave, anda layanlah hasil gambar di bawah.





Cameraman - Wazir
Editing - Pais
Idea - Paan
Produksi - Lecak Studio House

Krew
-Pais
-Paan
-Wazir
-Am
-Calok
-Eriq
-Hafiz MT
-Pahim
-Amal
-Bard
-Haliza Misbun

Tuesday, October 4, 2011

Fernando Morientes & Haliza Misbun


Selain berminat dengan Haliza Misbun semasa di tingkatan-tingkatan dulu, aku juga berminat dengan gaya penyerang dan penyudah sensasi, Fernando Morientes. Walaupun skill geleceknya kurang mantap, tidak semacam Fernando Torres, tetapi penyudahnya sangat cemerlang lagi-lagi jaringan melalui tandukan. Dengan memiliki muka yang macho habis, beliau sering kali menjelir kan lidah ketika meraikan jaringannya.

Fernando Morientes pernah juga bermain di beberapa kelab lain seperti AS Monaco, Liverpool, Valencia, dan O. Marseille. Pada Masa Sekolah dulu, aku menulis nama beliau pada pencil box menggunakan liquid paper tanda sokongan mendalam. Tatkala membuka pencil box, hati aku terus bersemangat padu lalu terus pasang angan untuk lulus add math. Tetapi Haliza Misbun tak jua aku lupakan.

Aku yakin dan pasti, Fernando Morientes tidak pernah menyaksikan drama Cinderella lakonan mantap Haliza Misbun sambil melantak goreng pisang panas cicah kicap pedas. Percayalah..


Monday, October 3, 2011

Kembali Ke Pangkal Blog

Setelah lama tidur, rupanya dah siang. OK, aku tulis blog balik.

Thursday, April 21, 2011

ARTWORK - WWF

Dulu time sekolah, aku minat juga tengok resling. Sampai terikut-ikut ke sekolah. Dari kumpul kad gusti, beli majalah gusti, beli sticker, bentang tilam lebar-lebar pastu bergusti, dalam surau sekolah pun bergusti, tulis nama penggusti idaman kat buku latihan sekolah, dan buat latihan tambahan agar badan boleh jadi petak-petak macam ahli gusti tu. Abah aku pulak minat sekaki. Paling best abah bawak video tape gusti, RM5 sekali sewa. Layannnn..

Lama-lama aku baru tau yang gusti tu semuanya hanya lakonan semata-mata. "Cis, WWF tak real!!" jerit aku sambil menampar dahi tanda kekesalan yang amat.
Billy Kidman


The Rock

(Sketch on paper > Ball Pen)

Tuesday, April 19, 2011

Wednesday, January 26, 2011

Wednesday, January 12, 2011

Kisah Cuti Itu Hari dan Kura-Kura Jinak Dari Perancis

Cuti sekolah yang lalu, aku isi kan waktu terluang dengan berkerja sambilan sebagai pereka grafik di sebuah syarikat pengiklanan bersebelahan kedai runcit mamak dan kedai barang karen. Kerja aku banyak di habis kan di depan pc ber'window'kan 7, tidak lupa juga kerja-kerja luar seperti buat signboard, tampal sticker dan ukur besi. Lama-lama hati juga ada 'fedap' kalu, sebab banyak buat kerja luar. Lalu dengan tiada paksaan dari sesiapa, aku berhenti dengan seciput imbuhan.

Dengan duit gaji itu, aku buat beli kura-kura 2 ekor, sebagai peneman diri untuk menempuh saki baki cuti yang tinggal.

Profil minatang belaan aku

Nama : Robert Pires
Jantina : Lelaki pamalu
Umur : Setengah jagung
Hobi : Shufle waktu Maghrib
Cita-cita : Memasuki Bintang RTM

Kelebihan & kekurangan :
-Hafal sifir 8 dan 12
- Pandai masak gulai lemak
- Sudah menyertai MLM (SKOR C)
- Pernah berlakon dalam racangan kanak-kanak (Wonder Pets)
- Minum arak
- Suka Mencarut pada makcik-makcik miang kat laki orang
- Mengumpat bersama jiran
-Tidak hormat ketua kampung

Yang lagi sekor tu lagi pemalu, baru nak kene interview dah mengelabah cari tudung, nasib kau orang pompuan, kalau tak dah lama aku tangan-tangan kan.

"Selama aku pergi belajor ni, korang jangan nakal-nakal. Raya Cina aku balik, aku masak rendang dedak untuk korang," pesan aku melalui Skype.