Tuesday, October 26, 2010

Semalam saya makan nasik berkuah kan kari lagi.

Demi mendapat kan keputusan yang boleh buat aku tersenyum, aku telah berhampas pulas membuat satu asignment hingga aku tersenyum akhirnya. Bukan tersenyum kerana mendapat markah yang best-best, tapi tersenyum tatkala melihat duit telah kontang di dalam poket mahupun tas tangan.

Cepat-cepat aku pergi ke dapur rumah untuk mendapatkan mesin ATM. Setelah kad bank berjenama Bank Islam masuk kedalam mesin ATM itu, kata laluan di minta. Aku pun dengan senang hati menaip xxxxxx. Tanpa segan silu, aku telah meminta wang daripada mesin ATM itu sebanyak Ringgit Malaysia 18 000. Tangan ku tadah menggigil di bibir mesin tersebut.

AHH.. ape hal lama plak kene tunggu ni. Sekali tertera di skrin mesin, " fak, duit ko tinggal RM15.. jangan ngada-ngada taip rM18 000. Otak ade tak nak guna..". Mesin itu terus mencarut keriangan.

Aku buat muka sposen kat mesin tu. Mesin itu buat dek seolah-olah aku tiada di hadapan nya. Dia tak pernah nak tau ke, aku ni ada bau-bau kuini sama Torres. Respect la sikit. Hati ini marah lalu pergi ke mamak untuk makan. Cis!! Kuah kari lagi!



Mahadir The Smart Boy - Assignment 3 hari buat, lantak la, asal kan siap, ye tak!!