Monday, July 2, 2012

JERAM TENGKEK - Hutan Lipur yang Power


Jeram Tengkek (sebutan THENK-KEG di gugel translete) adalah sebuah tempat rekreasi berair terjun dan bersungai nan indah. Berlatarbelakangkan hutan hijau mewarnai hati dan imiginasi setiap pengunjung yang hadir. Ia berlokasi di Batu Kikir, di mana jika nampak Balai Polis Batu Kikir, ada lampu trafik kamu masuk kiri dan terus jalan sampai di Kampung Tengkek dalam lebih kurang 20 lebih Kilometer juga.

Tujuan utama pengunjung ke mari mestilah hendak mandi-mandi, berkelah, tenangkan otak, ambik gambar, bawak makwe jalan-jalan tengok air terjun dan paling tidak pun ada yang datang cuma nak cuci mata tengok makwe baju basah. Dekat sini tidak di galak kan untuk berkhemah. Frekuensi Bunian sangat kuat dekat belah air terjun. Tapi kalau hati dah padu serupa besi jambatan, sila kan lah.

Jeram Tengkek juga menyediakan chalet yang tak pernah saya tengok orang sewa kat situ. Telah di siapkan juga track berjambatan kayu untuk ke air terjun, ada tandas awam yang bersih dan stall burger. Perjalanan ke Jeram Tengkek merisikokan kamu akan berlanggar kumbahan lembu merata-rata di sepanjang jalan. Skill memandu yang cekap amat di perlukan. Kalau tak, menghadaplah najis lembu sampai kamu pulang rumah nanti.






  

No comments: