Friday, July 27, 2012

Perempuan Itu Bertuhankan Facebook



Saya ada seorang teman Facebook, perempuan, bergigi jarang dan berhijab. Dia dulu sekolah di Batu Kikir bawah setahun dari saya. Dia mempunyai tahap ketaksuban dalam berFacebook yang amat tinggi. Tinggi yang amat mencecah KLCC. Hal makan pun bagitau, hal gi kenduri pun bagitau, hal pergi semayang, hal jumpa kekasih, hal merajuk, hal bergaduh, hal tudung baru, dan segala hal. Sehinggakan berdoa pada tuhan pun dalam Facebook. Tak pe. Mungkin tuhan beliau ada main Facebook. 

Tambah kronik nya lagi, beliau amat suka mengupload gambar muka sendiri. Jika 5 ke 10 keping tak apa, ini beratus ratus. Muka sama sahaja, tetap tidak lawa, gigi semacam hantu dan bermekap tebal. Lagi nampak bebalnya apabila beliau memperagakan fesyen islamik terkini. Tajuk album ialah Pergi ke Kenduri, tetapi 100 gambar dalam tu hanya muka beliau dan tiada suasana kenduri. Beliau juga pernah mengambil gambar ketika menangis. Apakah ada agenda Masonik di situ?

Walaupun beliau mempunyai perangai yang annoying gitu, tetapi beliau lah sumber idea saya dalam Blog Sarkas. Terima Kasih Awak. Tetapi setelah berlaku nya sedikit salah paham apabila saya mengomen status beliau hal kenapa gambar kapel banyak sangat, beliau terus memblock saya. Haih, saya pun menyesal amat.

Konklusinya, biar lah beliau gemar dan buat apa sahaja pada Facebook nya kerana tuhan nya amat mengerti beliau. Kita manusia, bebas tentukan hala tuju facebook kita.

Kata-kata akhir sebelum saya di block rakus.

4 comments:

intanurulfateha said...

hehe ;D

Pais Mais said...

haha..

FataMorgana said...

memang dia bertuhankan facebook.. aduh malunya...

Dila Donghae said...

hahaha. bang pais, apa ni cter psl kak ipar org ni..ish3.. :D