Thursday, July 12, 2012

'Lechak' - Kepuasan Maksima Di Warung Kopi?




Jika menjelang petang, komonitas Sri Garden peringkat belia yang lahir sekitar 80an, akan menghadirkan diri di sebuah warung kampung yang di beri jolokan oleh kami sendiri iaitu 'Lechak'. Sehingga sekarang kami tidak tahu apa itu nama warung. Lantaklah apa orang nak kata, kami sepakat memberi nama warung itu Lechak. Sejarah nama ini mungkin saya akan rahsiakan, oleh kerana ada sentimen perkauman yang berbaur Masonik yang kuat.

Lechak terletak tidak betul-betul di hadapan rumah Hafiz Mansor, dia kiri sikit kalau dari rumah beliau. Tidak lah jauh, hanya sepelaung sahaja, tetapi Hafiz Mansor amat liat untuk ke Lechak. Hafiz Mansor adalah ahli Sri Garden peringkat belia yang ke 14. Beliau pernah belajar di Jordan dan pernah bersekolah di Sekolah Kebangsaan Serting Ilir, sama sekelas dengan saya dan Wazir Maarif, memangku jawatan ketua pengawas dan ketua pasukan Pengakap. Beliau yang berketurunan melayu, mempunyai seorang adik perempuan yang cun dan bersih. Sehingga kini saya bergaduh dengan Paan Overated hal siapa yang patut jadi boipren adik Hafiz Mansor. 

Lechak yang berkeluasan satu padang futsal menjanjikan minum petang yang nikmat. Itu kuih muih ada, mee goreng ada, pulut ada, goreng-goreng pun ada dan yang paling special ialah Lempeng. Dapat pula cicah dengan kuah gulai, memang perfectlah petang anda. Di tambah lagi dengan anak tuan warung selaku waitress yang memang sedap. Lagi satu, lempeng dia besar, penuh pinggan anda, lebar-lebar tapak kaki gajah, itu suatu kejanjian.

Cuma satu sahaja yang tak berapa nak sedap, apa hal TV kecik sangat? Dah tu main cerita Indonesia petang-petang. Kami belia nak dengar nasyid ok!

Ini Wazir Maarif

Ini Hafiz Mansor

Itu dia TV besar kuman kat belakang tu. Buat main game tape boleh la cenggitu.

Selepas minum kami pun gembira.


2 comments:

Paan Ovrtd said...

Apahal gamba Lechak tu sendighi tak ado? Kau tau tak den dah kapel dengan dio skang? Ha? Ha?

Pais Mais said...

lecak nyughuk.. montang2 hot stuff.. x po, nija den punyo yang mutlak..