Tuesday, September 4, 2012

Raya 2012 Yang Mengancam!

Selamat Hari Raya kepada kamu. Moga raya kamu hebat macam Slipknot. Saya di sini ingin berkongsi hal Raya saya itu hari. Saya sambut raya macam orang lain sambut. Orang pergi masjid, saya pun pergi masjid. Orang makan lemang, saya pun makan lemang. Orang mintak maaf, saya pun mintak maaf. Satu je saya tak ikut, iaitu membakar mercun sebab saya alah mercun.

Pagi raya, bangun awal, smart-smart pergi masjid. Tengah hari sikit balik kampung arwah wan. Lepas jumpa sanak saudara cerita hal kerjaya dua tiga pam, saya bersama adik balik ke rumah semula. Geng belia Sri Garden dah panggil mencarut. Tak sabar melakukan onar di petang raya yang kental. Lalu kami beradik berlalu pergi dengan speed yang malar menuju ke rumah Calok, seorang belia berambut megi.

Acara tahunan raya ini tidak akan kami tinggal kan iaitu Sesi Fotografi. Beberapa belia tak dapat hadir atas alasan munasabah. Yang hadir hari itu semuanya kemas berbaju melayu, bersamping dan berselipar raya. Lokasi kami tetap di bendang sawah padi yang menghijau ranum sambil angin bertiup sipu-sipuan. Suasana boleh tahan cantik. Tak berapa nak panas, tak berapa nak gelap, bak kata orang 'suam-suam tea-o'.

Di sini saya lampirkan beberapa foto untuk kamu tatap bersama. Dengan berlatarbelakang alunan  lagu 'Satu Hari Di Hari Raya' daripada M. Nasir secara akustik, kamu enjoy la ye.












3 comments:

Paan Ovrtd said...

Like hamagadzzzz I do look good in picturezzzzzz

Pais Mais said...

power bak hang!

Anonymous said...

UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT