Wednesday, June 23, 2010

Perihal Seorang Pais 2

Dalam banyak-banyak budak kat dalam kelas darjah 5, saya seorang sahaja pakai basikal kaler ungu. Macam biasa tempat duduk ada sedikit bengkok, time ni memang fesyen nye macam tu. Tak bengkok, tak rider student Sekolah Rendah nama nya.

Badan saya masa darjah-darjah adalah antara yang terkecil, tetapi berbakat besar serta hensem. Saya pernah masuk Bintang RTM tetapi di reject kerana badan saya kecil.

Saya memakai songkok ketika di sekolah rendah. Ini bukan fesyen. Dan bukan juga mempunyai niat untuk menyimpan rambut panjang. Mengapakah saya bersongkok? saya sendiri pun tak tahu. Mungkin hensem lebih bila bersongkok. Jika saya bukak songkok, kelihatan la rambut saya yang belah tengah iras-iras Tomok.

Saya seorang pengawas berbaju biru dan berkhidmat penuh etika kepada sekolah. Walaupun seorang pengawas yang berwawasan, kehadiran pagi-pagi ke sekolah tetap juga lambat. Nampak nya basikal saya kene 'obehol' lagi biar dia lagi laju. Tak de la asyik kene denda je datang lambat. Mungkin juga tempat duduk kene bengkok lagi.

Dulu saya ada minat seorang awek kat dalam kelas saya. Saya di reject lagi. Dulu sekali kene reject ngan Haliza Misbun. Saya pun redha. Selepas itu saya masuk derajah enam. Saya ada mohon untuk terus lompat Tingaktan 1. Rupanya kene ambik UPSR dulu kat derajah 6. DAMN!


Yang mana saya agak-agak nya?

Monday, June 7, 2010

Perihal Seorang Pais 1

Saya pais. Saya budak baik. Dulu saya belajar kat Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Kikir. Dulu punya dulu lagi saya bersekolah di Sekolah Kebangsaan Serting Ilir. Masa pra sehingga derajah satu, mak saya yang hantar kan saya pergi sekolah. Setelah pandai buat 'wili' ngan basikal, saya mula berbasikal ke sekolah hingga derajah 6. Tempat duduk basikal saya bengkok skit. Baru nampak laju orang kata.

Selepas itu saya di masuk kan kedalam Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Kikir setelah University Liverpool menolak tawaran saya untuk belajar di sana. Melepas la saya untuk berjumpa Steven Gerrard. Niat untuk menyewa rumah beliau terpaksa dilupakan serta merta. Kat sekolah menengah saya pelajar yang boleh tahan bengap. Masa mendaftar mula-mula masuk form 1, rambut dah kene kerat ngn cikgu bob. Style gunting dia memang paling terbaik dengan rambut bertakuk takuk. Kesian saya tidak dapat membela rambut panjang seperti Aisyah dengan lagu janji manis mu. Rupa-rupa nya sekolah menengah kat Batu Kikir tak sama ngan sekolah menengah kat negara omputih yang sesuka hati nak berambut panjang dan sesuka hati nak pakai apa gi sekolah...