Tuesday, October 4, 2011

Fernando Morientes & Haliza Misbun


Selain berminat dengan Haliza Misbun semasa di tingkatan-tingkatan dulu, aku juga berminat dengan gaya penyerang dan penyudah sensasi, Fernando Morientes. Walaupun skill geleceknya kurang mantap, tidak semacam Fernando Torres, tetapi penyudahnya sangat cemerlang lagi-lagi jaringan melalui tandukan. Dengan memiliki muka yang macho habis, beliau sering kali menjelir kan lidah ketika meraikan jaringannya.

Fernando Morientes pernah juga bermain di beberapa kelab lain seperti AS Monaco, Liverpool, Valencia, dan O. Marseille. Pada Masa Sekolah dulu, aku menulis nama beliau pada pencil box menggunakan liquid paper tanda sokongan mendalam. Tatkala membuka pencil box, hati aku terus bersemangat padu lalu terus pasang angan untuk lulus add math. Tetapi Haliza Misbun tak jua aku lupakan.

Aku yakin dan pasti, Fernando Morientes tidak pernah menyaksikan drama Cinderella lakonan mantap Haliza Misbun sambil melantak goreng pisang panas cicah kicap pedas. Percayalah..


9 comments:

Paan Ovrtd said...

Hawau. Minggu ni balik!

Pais Mais said...

minggu ni i ado trip ko melako, mggu dopan i buleh blik..

budakijaupendek said...

lelaki kalau bercakap ttg bola,
handal!
hehe

Pais Mais said...

oleh kerana handal bercakap bola, saya akan bercakap tentang bola.. jika saya handal bercakap tentang politik, sya akn berckap hal politik dan rosmah mansor..

Khry Hnry said...

lancio la fais

Anonymous said...

adeh...
tp fernando hierro lg bes r...
cane...

Pais Mais said...

fernando hierro muka mcm mr bean.. x best pun!!

Anonymous said...

cilakak...agak celupar bnyinya...die la jejaka pujaan gadis2 kota madrid mase 2 ...

Pais Mais said...

fernndo morientes lgi macho klau tak silap.