Monday, November 22, 2010

Police : Please - (kisah betul)

Hulk kecil tengah mengamuk sakan.
(gambar di ambil di sini)

SEMPADAN N. SEMBILAN & PAHANG, seorang makwe dan mak nya di tahan di sebuah sekatan jalan raya kira-kira pada pukul 2 pagi. Mak memandu penuh cool kerana tiada ganja di dalam keretanya. Kereta di berhentikan. Seorang polis muda mula bersoal siasat. Lesen, 'rodtek', cermin sisi, radio, semuanya ok. Polis bertanya, "boleh mintak no phone?" Mak makwe menjawab, "budak ni belajar lagi". "Belajar mana?" tanya polis itu dengan sopan-sopan celaka. Pertanyaan tak di balas. Polis itu merayu-rayu hendak juga no phone makwe tu. Makwe hanya memandang muka suci mak dia. Polis tu merayu lagi. Juga tidak di balas. Sesi perayuan agak lama berlangsung. Tidak di balas juga. Akhir nya kereta itu dilepas kan setalah gagal dalam misi mendapatkan no telefon makwe tersebut. Apakah?

Persoalan

1) Damn tak itu polis muda?
2) Perasaan, pandangan dan tindakan anda jika di dalam situasi begini.

Konklusi

1) Nak ushar awek bertempat la, jalankan tugas dulu, mentang-mentang la pakai baju biru ada
pistol.

2) Bidang pemolisan tidak akan tercalon untuk pemilihan kerjaya masa hadapan saya. Di ulangi,
TIDAK AKAN!

Wednesday, November 10, 2010

Cuti dan Parti Liar

Bulan-bulan syurga cuti dah masuk. Budak-budak sekolah riang sebab tak payah nak kapor kasut lagi, buku nota dan buku sifir tolak tepi, boleh bangun lambat-lambat, buka mata boleh layan kartun sambil bedal nasi goreng. Cuba la bawak-bawak pergi diskas pasal landskap jalan kampung sama tok ketua, tak ke bagus tu. Pergi cat masjid ke, cabut rumput tepi kubur ke. Ini tak, asal jumpa kengkawan diskas pasal motor, pasal sape boleh buat 'up' lama lama. Kalau diskas pasal UMNO boleh tahan lagi.

Time cuti ni la kenduri kahwin banyak. Macam raya lepas, kenduri kahwin lagi banyak dari rumah terbuka. Pantang ada cuti sikit. Mak aku dah list kan alamat-alamat yang ade bikin kenduri. Aku ngan Paan, orang pangkal Kampung Sri Garden, beberapa mat rempit dan sebilangan kutu berahak akan hadir di setiap pelusuk kenduri. Lepas makan, sesi karaoke plak. Tak karaoke tak kenduri kahwin namanya!!



Paan asyik di pelamin, terbayang kahwin ngan Rozita Che Wan barangkali.
Stail duduk yang jijik. Damn.



Majlis perkahwinan rakan sekelas aku Fikri Ismail bersama isteri nya, Kak Zahirah, seorang kadet remaja sekolah berpangkat sarjan semasa di sekolah dulu. Dorang sudah pun menerima seorang cahaya mata berpangkat lans koperal.



Aku segak mempergaya kan muka Joker di rumah kenduri berhampiran. Diberitakan 16 keluarga pulang semula ke rumah masing-masing. Gambar memberitahu aku baru selesai sendawa unta setelah lauk gulai labu di balun rakus.


Monday, November 8, 2010

PROMOSI SOS




Sos Cili Serting Ilir adalah salah satu produk original dari Kampung Serting Ilir, Bahau, Negeri Sembilan. Anda boleh membeli nya secara borong banyak-banyak atau secara solo. Kepada yang berkenan akan sos ini, boleh lah membeli nya secara langsung di kilang pemprosesan atau kedai-kedai berhampiran Bahau. Paling dasyat guna Gugel pun boleh. Khidmat pesanan ringkas punya stail pihak promosi belum membeli Sim Card yang sesuai lagi. Sebarang tawar-menawar akan di tampar. Sape-sape nak guna kiriman Pos, jangan lupa bayar kos penghantaraan, kalau tak pihak kilang pos pakai kotak tin susu je.

Iklan Sos (seperti di dalam gambarajah) adalah hasil titik peluh seorang Pais untuk assignment GED557.