Friday, November 6, 2009

Hantu Mantu 1

Sehelai demi sehelai buku nya di belek. Sekali sekala dia meneguk air milo 3 in 1 yang sudah sejuk itu. Jam menunujuk kan pukul 1 lebih. Kawan-kawan nya yang lain sedang enak melayan mimpi-mimpi indah. Rahman mula risau. Satu haram pun dia tak paham apa yang dia baca. Test pagi esok. Entah sempat ke dia untuk habis kan satu buku dalam satu malam dan satu malaysia.

Suasana malam itu agak suam-suam kuku. Lantas Rahman membuka tingkap agar memberi ruang angin malam masuk menyeluputi biliknya itu. Rahman mambaca buku menghadap tingkap agar lebih syahdu.

Selang beberapa minit, lalu seorang guard di luar tingkap bilik nya. Guard itu mengemukakan beberapa soalan. Rahman menjawab dengan tenang.

"Kenapa tak tidur lagi ni"
"Baca buku pak cik, sok nak test"
"Jangan lewat sangat, tak elok"

Pak Guard tu pun mem'blah kan dirinya. Rahman sambung study nya semula. PUUKKK!! Rahman menghempas buku nya tadi. Kurang ajar betul hempas buku. Dia menjenguk ke luar tingkap. Pelik. Muka nya suspen. Dia terus ke katil nya meninggalkan meja study. Dia mula niat untuk tidur.

Rahman puas memikir. Macam mana Guard tadi boleh berada kat luar tingkapnya, padahal bilik nya berada di tingkat 5!!

Celaka aku nak study la!!! - Rahman menjerit dalam hati.

(sebuah kisah benar yang berlaku di Kolej pelajar UITM Kedah)

Korang pikir lah ape moral value cerita ni???

23 comments:

dila john said...

siang jangan tdo, siang bace buku.
lalalallaaa..
ak da pyh dah bce buku!
aku da merdeka. hahahahhahah....

doakan aku kerja bhgian engineering,
bkn jahit baju ye.

misz benida said...

ko penah dgr cter mak cik karipap x??
die mnjaja karipap kt lua2 tingkap.
haha
"dik,,nk beli karipap x?"

Cik Cookie said...

Cik Cookie yakin itu adalah pak guard.
sgt yakin.

.ella ainnadjla. said...

hoiii..
ape nih...
da takot nk stay up stadi....

zubair.. said...

pak guard tu terbang agk nye..wakakakakak

imHepPie said...

aaa..dahla aku tdo sorg mlm neh..adoyai..silap bukak belog neh huaaa

Lionel Azry said...

gua relax2 je..tak kene kacau pun

aku said...

ah.. alasan raman tak mau study..

LORD ZARA 札拉 said...

moral nye~

ehhh..kena belajar moral ke?

Kasut Pink said...

Beruntung rahman dpt berjumpe pak guard yg boleh berjln atas hangin!

nadirah_nor said...

pakguard UITM ialah SUPERMAN...
wohooo...adakah??

sharamli said...

macam makcik karipap kt sk0lah je ni...jual karipip kt tingkap aras 2..ha3

YobSumO said...

moral of the story.

zaman dah maju. kau makin urban. makcik karipap dah tak relevan, digantikanlah dgn "pak guard" yang lebih urban.

[z@ck] said...

jgn stay up lama2 di waktu malam..

=)

arque said...

pak gad tu naik belon udara.aku pasti. ;P

Pais Chaos said...

dila john
okk.. moga dapat kerja yang diinginkan.. aja aja fighting..

misz benida
yaaa.. nasib tak kene kat aku..haha

Cik Cookie
antu la..

.ella ainnadjla.
haha.. jaga2..jgn buka tingkap
luas2..hehe

zubair..
mugkin kot..hehe

imHepPie
jgn pandang belakang..

Lionel Azry
malam ni insyaalah.

aku
haha.. agak nye kot.

LORD ZARA 札拉
moral msti ade..heheh

Kasut Pink
untung tak untung sangat la.. kahakhkah

nadirah_nor
tak lah.. spiderman la

sharamli
haah. sama la tu spisis hantu.

YobSumO
yahhh..hebat!!

[z@ck]
yeahhh.. anda sgt betul!!

Primadona69 said...

ntah2..
rahman tu pun..
turut mimpi sekali..
mcm member2 dia yg lain...
hahahah

Tunjuk Bintang said...

datanglah baca pengalaman yang seram jugak kat blog aq.. meh tambahkan koleksi cerita seram kita. huhuhuhu...

░♥si lampu neon♥░ said...

hahaha pakcik guard tu memang corcern laaaa..takot

Feeqa Ruslan said...

So the moral of the story is, jangan kurang ajar dengan pak guard. Ni mesti yang paling tepat! :D

Pais Chaos said...

Primadona69
hahah.. rahman tu kuat mimpi ke?haha

Tunjuk Bintang
yeahhh.. udah aku bacain.

░♥si lampu neon♥░
makan dia.. makan dia..hehehe

Feeqa Ruslan
yeahh..paling tepat!! otak anda bergeliga!!

Pais Chaos said...

arque
maybe la kot..hahah

Shahrul Azry said...

dengar tu pais ape feeqa ruslan tulis tu =P