Monday, September 28, 2009

'Cuti Dah Tamat' - Utada Hikaru

Setelah di perkenan kan oleh Ketua Kampung Sri Garden dan beberapa nama besar scene Rempit daerah Bahau dan selatan Batu Kikir, maka cuti raya seminggu yang di beri akan di tamat kan serta merta.

Oleh itu, saya mengalu alu kan kedatangan dan mengucap kan selamat datang kepada Dato' Assignment. ALL HAIL ASSIGNMENT!! (tolong ulang 13 kali, ulang 17 kali tiap tiap malam rabu lebih afdal)

Walaubagaimanasekalipun, penulisan blog akan diterus kan dengan topik topik hangat masa kini seperti hal hal penceraian rumah tangga artis, politik Kampung Gajah Mati, aktivit aktiviti rakan punk muda dan saya akan cuba mengupas isu penanaman Hidroponik. Di harap bersabar. Lempang kang!

Konklusinya, Utada Hikaru menjemput datang beraya ke rumah nya untuk makan lemang Jepun.

Sekian.


Thursday, September 17, 2009

Jom Cuti Seminggu!!

Sempena menghormati Hari Raya Aidilfitri ni, aku nak cuti seminggu dari menjalan kan semua kegiatan di Internet dan tidak akan menyentuh walau secebis pun ASSignment yang di tinggal kan.

Aku nak fokus dan beri sepenuh tumpuan untuk memakan lemang dan rendang sambil mendengar lagu 'Selamat Hari Raya' nyanyian Ahmad Jais.

Aku juga akan menggegar kan rumah ketua Kampung Sri Garden dengan mercun dan meriam dari Afrika tengah. Jika ketua kampung bagi Rm10 di pagi raya, maka segala mission jahat tadi akan di batal kan serta merta.

Kepada budak budak yang mintak duit raya ngan aku, dengan pantas nya lutut aku akan naik menemui pangkal hidung atau hujung dagu masing masing!! Sedia.

Sekian, Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin. Tulus Ikhlas dari Dato' Pais.

Sunday, September 13, 2009

Perlakuan Anak Anak Tidak Cukup Umur Di SRI GARDEN

Tekak rasa haus, cepat cepat aku start motor nak pergi beli ABC. Sampai je aku kat kedai ABC tu aku nampak 3 orang budak bawah umur sekitar tingkatan 1 dan 2 rancak berborak.

"kau tau tak budak Man tu bleh wheely 1 kilometer, aku lagi dasyat la, 2 kilometer!!"

Cis, borak pasal merempit!! Tak de wawasan langsung. Cerita la pasal persamaan linear ke, proses fotosintesis ke, Algebra ke.

Dah la saja cakap kuat kuat kasi aku dengar. Ingat aku teruja ke. Nak je aku Ong Bak budak budak tu. Nasib tujuan aku nak beli ABC. Kalau tujuan aku nak pergi tebas rumput, tak ke balai jawab nye nanti.

Siap je ABC aku sedut 2 3 das. Haaa... Sejuk balik hati aku. Aku bayar RM1.50 pastu aku chow. Sampai rumah aku shafel sorang sorang dalam bilik lagu Stacy!! Mengapa bah kau berubah, mengapa bah! Dekat luar ayah aku kata, "Abah still cam dulu, x pernah pun berubah...." Layan.


Ape ke bengap nya bebudak ni, kalau ye pun nak buat 'up', balik la rumah dulu sembahyang Zohor.

Thursday, September 10, 2009

DISTRICT 9 - movie ni best tahap kepala lembu dipijak!!

Kelihatan 2 ekor Prawn sedang menonton Dialog antara MB Selangor dan Penduduk Seksyen 23.


Nota : Babak ini telah di potong oleh pihak pengurusan di atas dasar suka sama suka. Mungkin ada adengan 18SG, mungkin juga ada adengan 18SX. Anda tanya sendiri kat Pihak TV sedunia kenapa di potong?
.............................................................

Nak tengok aper yang di tonton prawn prawn itu.. klik di SINI

Wednesday, September 9, 2009

Weh Cik Kak !!


Mak anda suruh balik, dah nak Maghrib, Syaitan banyak... Dia kata tak kan nak tunggu malam baru buat kerja sekolah!!

Macam macam....

Tuesday, September 8, 2009

JANGAN MAKAN BABI - kekeliruan sebuah ketaksuban (menda pe ntah?)

JANGAN MAKAN BABI - boleh di bahagi kan kepada bebarapa maksud dan pengertian. Mari belajar bersama saya.

1- Jangan makan babi
Ayat fakta. Menyeru agar tidak memakan babi.

2 - "Jangan makan babi!"
Ayat arahan. Melarang babi itu untuk makan. Lebih tepat lagi, melarang dan mentidakbenarkan kan babi peliharaan anda untuk menjamu selera makanan tengahari selasa lepas.

3 - "Jangan makan, babi!!"
Ayat arahan dan kata kerja. Menjangankan dan mengharamkan kepada seseorang untuk tidak makan dengan penuh rasa amarah atau sakit hati sehinggakan terkeluar perkataan babi walhal babi tersebut tidak bersalah.

Sekian pembelajaran kita secara online hari ini. Ada sesape nak tambah??

Friday, September 4, 2009

Konfius Ku Di Buat Mu !!

Tengah syok tengok perlawanan di antara ManSHITster United ngan ARSEnal, datang plak adik aku darjah 6 menyibuk tanya soklan..

" Angah, tanya skit, " kata adik aku dengan yakin.

" Menda pe? " aku jawab ngan se'Kerek mungkin.

" Kenapa Ngah kan, orang ramai guna perkataan TAIK HIDUNG.. Najis hidung ngan berak hidung tak bleh guna ke?"

" Hmm.."

Soalan sukar, agak saintifik, memang teknikal, cukop seni...

Konfius ku di buat mu!!

Ahhh.. layan katun la.. bola tak best!!

TEK

Terubuk masin cabar aku.. x takut langsung



1) Anda rasa anda HOT?
YA.. hot tang kepala tumit!!

2) Upload FOTO kegemaran anda.


3)mengapa anda suka foto ini?
Di lukis menggunakan photoshop dan puji oleh Anuar Zain dan Fazli Zainal



4)bila kali terakhir anda makan PIZZA?
tahun lepas aku makan.. cicah ngan gulai ikan!!



5) LAGU terakhir anda dengar?
Salam Terakhir, Nota Terakhir, Hingga Akhir Nanti dan Cinta Pantai Merdeka!!


.
6)Apa yg anda buat selain menyelesaikan TAG ini?
selesai kan tag ni sambil tekan tubi sebelah tangan 34 kali



7) Selain dari nama sendiri, anda suka dipanggil dengan NAMA apa?
Sharukh Khan dan Imran Ajmain.. panggilan manja plak ialah John Trovolta



8) TAG lagi 6 orang
1) Paan Paun
2)Feeqa Ruslan
3) Amer
4) Midi
5) Shahrul kemik Azri
6) Dila John

9) Siapa no 1 bagi anda?

Kawan mencuri dari zaman 70an hingga sekarang!!



10) Orang no 3 ada hubungan dengan siapa?
tak tau la... skit skit ngn ahli politik kot!!


11) Kata sesuatu berkenaan dengan no 5..
Barcelona Luzer


12) No 4?
Pelajar contoh UITM..Salute!!


13) Siapa orang no 2?
budak nakal.. tapi berazam tinggi, syabas!!


14) Bagi pesanan kepada orang no 6.
pinjam rambut kerinting bleh???


Selamat Hari Raya!!!

Wednesday, September 2, 2009

To Paan : Jangan Nak Berlagak Sangat La Dey...

Dia ingat dia sorang je ada shoutbox?

Dia ingat blog dia je ada lagu?

Dia ingat blog dia best sangat agaknya.

Tak heran langsung.




(Kira update la jugak ni kan?)