Monday, October 26, 2009

Comic Fiesta 2009


Sesapa yang minat ngan semua bidang pengkartunan dan pengkomikan di harap tidak ketinggalan dengan acara sebigini. Sangat asyik.

Tahun lepas aku dah pergi ngan member dan sepupu aku. Lepak rumah sewa Paan kat Shah Alam. Tidur secara berhimpit himpit sambil layan poster black metal penuh keliling dinding. Paan adalah seorang budak hip hop yang mempunyai kawan seorang black metal. Layan.

Tahun lepas majlis agak meriah. Hampir 50% yang datang adalah cosplayer. Ada yang jadik Naruto, Yuna Final Fantasy, Pikachu dan macam-macam karekter manga. Asyik mata aku memandang.

Pesta ni berlangsung lagi tahun ni kat tempat yang sama. Kali ni aku ajak ramai-ramai budak kampung. Dari membuang masa belek motor, baik pergi tengok benda yang best. Tahun ni aku nak try pakai costum Usop Sontorian. Ok tak?

Kat sini korang boleh bergambar sesuka hati, ngan cosplayer, kartunis underground mahupun mainstream. Boleh beli produk DIY macam komik, poster, penanda buku, figura yang tak kan korang jumpa kat mana-mana kedai buku. Boleh masuk pertandingan lukis kartun. Muka-muka market boleh masuk pertandingan cosplayer. Boleh tayang awek jika sesape ade awek.

Ahhh.. pergi je lah tengok sendiri cemana dia punya happening nanti!


Aku bergambar ngan awek Malaysia versi jepun sambil memakai baju band Cekgu Fakhrul yang emo sedikit minggu ni

13 comments:

imHepPie said...

erkk..aku tringin nak pi tpi tanggungjawab trhadap exam mngatasi sgalanya huu...

faqhrule said...

apahal gua emo plak?
gua rilek je. siap la liverpool kalah nanti

faqhrule said...

selamat lu letak link blog gua. kalu tak....

sharamli said...

cekgu fakrul em0?
peri0d ke ap?

upin ipin ad x?
ha3

Kasut Pink said...

jgn lupa gigi pon kena same ngan usop sontorian tu.. ah..lame giler x dgr name beliau...

Pais Chaos said...

imHepPie
exam tak penting.. x yah gi..haahaa

faqhrule
bila liverpool kalah aku nak nyorok kat dalam gua... gua mana? itu rahsia

sharamli
ha'ah.. 4 kali dalam bulan ni.. x normal btul!

Kasut Pink
haha..best wo usop sntrian. ade sigh ngn abg budin.

YobSumO said...

mmg best bendalah ni. aku jumpa ko kat sana. aku jadi Misae tahun ni.

Cik Cookie said...

ogenkidesuka pais san?

nadirah_nor said...

cm besh jer bunyiknye..
plan nk g gak arr~

Paan said...

Apa barang? Kasi cosplay watak Halimah Jongang tengok macam mana dia punya happening.

Pais Chaos said...
This comment has been removed by the author.
Pais Chaos said...

YobSumO
ok.. jumpa kat sana.. aku belanja siraP!

Cik Cookie
sem depan saya belajar bahasa jepn..nnt la!!

nadirah_nor
wajib pegi!

Paan
orait gak tu!!

FANA said...

nak pergi r nanti