Monday, August 24, 2009

Rintangan Dan Dugaan Ramadhan

Peristiwa bersejarah ni berlaku pada bulan puasa tahun lepas. Lebih kurang pukul 12 malam. Member rumah dah ajak sahur. Aku kata aku nak tido. Ape Cool sahur awal awal. Nanti tak sampai tengah hari dah rasa lapar. Aku terus tidor sambil layan mimpi dating ngan Stacy.

"WWHHUAAAHHH!!"aku menguap dengan seksi. Shit! tak sempat nak flying kiss kat Stacy. Malam sok je la.

Aku tengok jam. Sudah!. Melepas sahur aku. Dah pukul 8 pun. Nasib sebelum tidor sempat baca niat. Tapi dalam perut macam Slipknot tengah perform kat Stadium Merdeka.

Mata aku tertumpu kat sebungkus megi kari dalam beg member. Air mulut sama air hidung meleleh serentak. Huuhh!! Aku pergi tandas basuh muka pastu lepak lepak tengok tv. Budak lain tak bangun lagi.

Jiwa berceramuk pilu. Sejak aku terpandang megi sampai la aku tercongok depan tv, aku asyik tanya dalam hati....

"Patut kah aku pergi jerang air sekarang ni!!"

Thursday, August 20, 2009

The Hebat Dan The Evil - The Movie

The Hebat (depan) bersama hero hero seluruh negeri beraksi selepas mengadakan menyuarat agung tahunan.

Cerita ni dah lama. Dulu, aku ialah seorang superhero. Nama aku The Hebat. Aku ialah ketua hero yang cool.

Aku ade power. Kebolehan aku ialah boleh melempar selipar jepun berapi tepat ke dahi dan hulu tengkuk raksasa. Aku juga pandai bergimnastik. Aku nye kostum aku kasi tempah kat Brassmax. Mahal gila Brassmax!

Tugas aku ialah menumpas kan raksasa yang diketuai oleh The Evil, seorang Paan. The Evil amat jahat. Beliau selalu mencuri karipap sardin dan suka menunggang skuter nya tanpa pandang ke hadapan. Jahat. Tapi anak buah nye yang sorang tu cun. Dalam pertarungan memerangi isu kejahatan The Evil, aku selalu menang.

Pada suatu pagi Sabtu, The evil datang kerumah aku ajak berdamai. Dia dah taubat nasuha. Aku terima pendamaian dia. Kami jadi kawan baik sampailah hari ni. Selepas tu, The hebat meletak kan jawatan dalam negeri dan memulakan hidup baru..
Sekitar tahun 70-an, The Hebat dan The Evil telah berhijrah ke Liverpool dan membuka perniagaan tempe komersial. Selang 2 tahun kami berdua buat band punk rock!

Moral value movie ni : Kita tak seperfect mana. Kau, aku, dia serupa. Jangan perjudis!!

Ahh.. Puasa nak dekat... Semalam dah setengah hari aku ganti puasa, ari ni lagi setangah hari, cukup sehari!! Lagi 2 hari minggu depan...

Monday, August 17, 2009

BERITA HAIRAN - Topeng Untuk Rakyat!!

Kelihatan seorang lecturer, Cik Nana, memakai topeng mulut dan seorang pais yang cool.

BAHAU: Pemakaian topeng mulut tatkala ini amat lah penting sekali di negara kita mahupun luar, sepenting kita memakai tali pinggang keledar ketika melalui sekatan jalan raya. Kewujudan Virus terbaru yang memporak peranda kan kita ini di khabar kan di Akhbar Harian telah berada di tahap kritikal. Namun masih mampu Akhil hayy bernikah dengan Waheeda dengan aman nya. Celaka betul!!

Orang ramai di arah kan untuk mendapat kan topeng di seluruh pelusuk klinik dan hospital berhampiran. Ini kerana, jumlah orang yang telah terkorban akibat Virus Influenza A H1N1 telah melebihi 50 orang gamaknya.

Hal demikan, arah kan lah oleh kamu wahai rakyat kepada anak anak anda, kanak kanak sekolah dan anak anak Indie sekalian untuk memakai topeng mulut untuk pencegahan dan bukan nya di jadikan TREND semata mata!! Bodoh!!

Student Cik Nana yang telah insaf untuk memakai topeng, dari kiri Pais, JJ, Keding.

Akhir kata, penulis sempat bertemu ramah dengan pakcik Rafa.
"Team pakcik (Liverpool) beso lah kalah dulu, dio nak dokek dokek last kang baru botul botul ho liow, hero kalah dulu yo tak, hahaha," ulas pakcik Rafa dengan tidak memakai topeng mulut. Cam gampang!!

Wednesday, August 12, 2009

Ape klas pergi kelas!!

Pagi tadi aku pegi kelas. Lambat lagi. Perkara bese. Lecturer dah paham keadaan student yang kene parking kenderaan jauh jauh. Pihak universiti memang tak sayang student langsung.

Masuk je kelas, aku tengok budak budak kelas bergelimpangan sana sini. Ada yang makan, ada yang tengah gayut, tengah mengorat mak cik cleaner. Aku trus je duduk kat belakang belakang.

Selang 5 minit ketua kelas sampai, bagi tau kelas pagi ngan petang ni batal. PUKK!!.. Aku hempas meja tanda protes. Sume senyap.

"Bila nak pandai ni, asyik batal kelas je!!," aku jerit macam orang kene sawan.

Wal hal dalam hati dah pasang niat nak dating ngan Stacy AF. Aku blah dari kelas sambil senyum tak ikhlas kat ketua kelas. Budak budak lain pun balik folow belakang aku.

AYUH KAWAN!! KITA PARTY!! - kami jerit ramai ramai kat luar kelas.


Keadaan kelas mase diploma dulu. Pembelajaran yang santai di sertai dengan lecturer CUTE!!


Nota:Puas aku call no maxis stacy, asyik off je.. sape sape ade no celcom dia? send kat aku cepat.

Monday, August 10, 2009

ALASAN KU ALASAN MU JUA

Hari ni kelas start petang. Kelas pagi tak de. Rilex rilex je aku bangun lambat. Siap bleh pekena kopi 3 in 1 cicah biskut gula lagi.

Aku datang dengan Asignment yang tak sempat siap. Aku bukan malas nak buat, tapi kurang rajin. Sempat siap skit je. Aku kene buat interior design atas kertas A3. Tapi Tak pe. Alasan memang aku dah reka awal awal mase minum kopi pagi tadi.

Sampai ke kelas, lecturer aku tanya kenape tak siap. Aku bagitau dia aku ade 7 alasan kenape aku tak siap. Dia senang hati nak dengar alasan alasan aku.

ALASAN KENAPA ASIGNMENT TAK SIAP

1) Di ganggu makhluk halus
2) Pergaduhan antara Goku dan Bezita berlangsung secara live depan rumah sewa
3) Maria Ozawa ajak dinner kat Restauran Nasi Ayam Mencongkam
4) Jiran sebelah mengadu kat rumah sewa kami yang kereta Waja dia bleh berukar jadi Tranformers, jadi dia suruh kami siasat
5) Asignment yang dah siap dilarikan anjing
6) Dania Danielle ajak karaoke
7) Pensil dan pen saya di makan cicak

"Encik pilih je alasan mana yang sesuai, pilih satu jadi lah, nanti pilih banyak banyak macam tipu plak," aku kasi advise berguna kat dia.

Lecturer aku pergi kat pintu bilik darjah, menyangkung, pastu menangis...

Saturday, August 8, 2009

Di tepi pantai Seri Garden.

Wazir bin Ma'arif

Aku ade seorang kawan baik kat kampung Sri Garden, iaitu kampung aku di Bahau. Nama nya Wazir. Dia belajar kat USIM. Dia pandai gunting rambut. Waktu cuti sem dia jadi uztat kelas petang kat sekolah rendah (KAFA). Maghrib maghrib dia ajar budak budak kampung mengaji take over kerja ayah dia.

Port lepak ahli ahli Sri Garden ialah di bawah pokok rumah Calok (Calok ialah lelaki yang mempunyai adik perempuan yang mengancam). Petang petang kami selalu jamming gitar kapok. 90% ahli Sri Garden adalah pandai bermain muzik terutamanya gitar kapok. Wazir di antara gitaris yang hebat dalam memain kan lagu Di tepi pantai.

Semasa Wazir syok bermain gitar lagu Di tepi pantai versi XPDC. Lalu sekumpulan kanak kanak menungang basikal.

"Assalamualaikum Uztat!!" kanak kanak tadi memberi salam.

"Yaa.. Waalaikumussalam" Wazir menyambut salam sambil meneruskan menggoreng gitar lagu tadi. Head banging lagi. Yang lain sume senyap.

WAZIR....

Kau memang seorang uztat yang rock!!

Rilex je dia jawab, "Yeahh yeaaaahhh!!".


Port lepak lepak Sri Garden sambil bincang pasal kenaikan harga minyak.
Belakang tu rumah Calok.


Wazir segak bermain gitar lagu ACAB.


NOTA: Wazir kawan baik aku dari kecik lagi.. tak penah pun dia panggil aku sayang. Wazir, cuti kita jamming lagu Meet Uncle Hussein plak. ok!!

Friday, August 7, 2009

Pikachu.. I choose YOUU!!!

Cerita ni da lama da. Zaman kanak kanak ade pokemon dulu. Aku pun ade sekor gak. Seekor Pikachu. Dia memang seekor pokemon yang best.

Tapi satu hari tu dia buat hal plak. Dia bertindak luar kawalan. Tiba tiba dia panggil aku sayang. Aku pun orait je la. Tapi tiap tiap hari dia panggil aku sayang. Sampai aku jadi lemas. Sampai ex-awek aku syak wasangka ngan aku. Sampai Pas menang kat Sungai petani. Kata nak kawan je. Jadi kawan je la. Dia bukan awek aku. Tak payah nak bersayang sayangan ngan aku tiap tiap hari. Kalau sekali sekala tak pe la. Memang aku sayang dia, tapi sebagai KAWAN!! Stacy AF pun tak pernah panggil sayang kat aku. Ini kan plak Rozita Che Wan.

Last-last, aku passing dia kat Zoo Melaka. Dan dan je kaum kaum pokemon pupus hari demi hari. Nasib pikachu aku tu aku dah tak tau da macam mana. Hidup ke lagi. Cukup makan ke. Tapi aku harap dia sihat la. Dapat pengganti yang baru.

Sape sape jumpa tolong kim salam kat dia.. ok!!



Ash dengki ngan aku, sebab pikachu aku lagi cantik dari dia.
Padan muka, sape suruh tak pandai jaga!!
Aku mane guna pikachu buat gaduh gaduh.
Tak jantan langsung.

Thursday, August 6, 2009

Hari Ini Serupa Haram!!

Malam tadi aku tak tido malam sampai kul 5 pagi. Aku settle kan aku nye asignment. Tapi x pe, kuliah aku start petang. Jadi aku buat dengan rilex serilex nye sambil dengar mp3 lagu Micheal Jackson dan Aizat AF.

Petang tadi aku gi kelas. Start kul 5 petang. Tapi aku datang lewat skit dalam pukul 5 suku. Asignment semalaman aku buat tu aku bawa hati hati. Kang hilang benda tu, tak kene plak penangan ngan lecturer. Sampai sampai, aku usha bilik darjah. Pelik, tak de orang. Aku gi tandas ambil feel.

Aik.. aku jumpa member aku. Mamat macho dari Kelantan.

"mana kelas," tanya aku sopan

Rilex je dia jawab tanpa memikirkan mase depan ekonomi Malaysia..

"Nate lecturer malah buat kelah, dio da kelik,"

HHAiihh.. terus aku buat Ong Bak kat pintu tandas.. Padan muka pintu tandas tu. Kalau aku tau awal awal, baik aku pegi Plaza Alam Sentral cari jodoh!!!!

Tuesday, August 4, 2009

Pintu Baru Punya Kisah

Masa : Isnin pagi
Lokasi : Rumah sewa aku

Pagi pagi lagi, 3 orang pekerja asing datang rumah ni sambil hisap Suria. Santai giler kerja. Tugas diorang ialah menukar pintu tandas rumah sewa ni yang dah hampir hampir nak masuk muzium negeri. 2 pintu tandas dorang kena tukar. Satu tandas bawah satu tandas atas.

Dorang bertukang punya la bising. Kalau jet tentera Amerika parking depan rumah pun blom tentu aku bleh perasaan. Tapi tak pe. Pintu tandas baru punya pasal. Aku sabar je.

Program untuk ke kelas hari tu aku terpaksa batal kan. Sebab aku x leh nak mandi. Brader breder tu tekun buat kerja tanpa rehat. Aku sempat berus gigi ngan basuh muka je kat singki dapur. Tak kan nak gi kelas cam gitu. Tak hapak plak badan aku kat dalam kelas. Salah aku plak nanti kalau ada budak kelas yang kene histeria tiba tiba. Jadi keputusan aku untuk tidak hadir ke kuliah adalah keputusan yang amat drastis dan diperakui kerajaan negeri.

Budak budak lain dah mandi awal. Tinggal aku ngan 3 orang member serumah je yang tak sempat mandi sebab bagun lambat. Jep, member aku, sakit perut pagi tu terpaksa pegi Shell berdekatan untuk lunas kan hajat. Nasib baik perut aku sihat pagi tu.

Brader brader tu buat kerja sampai kul 3 petang kot. Tapi pintu x siap lagi. Dorang terpaksa pecah kan skit dinding tepi sebab pintu baru besar skit dari yang lama. Misi dorang kene selesai kan hari esok. Lepas dorang balik, boleh la aku mandi dengan selesa nya. Tapi pintu tak de. Terpaksa hadang ngan pintu lama. Pintu lama kecik skit. Sudah pasti ada rongga rongga terbuka yang mana sesape melintas depan tu akan mendapat rezeki untuk melihat benda haram. Aku harap sangat pintu tu cepat cepat siap.


kelihatan brader tu sedang kusyuk buat kerja


Malam nye plak, dan dan je penyidai rumah penuh ngan boxer basah. Dah macam pasar raya buat promosi raya jual pakaian dalam murah. Biasa nya hari minggu je bleh nampak kain kain tersidai. Malam ni kalau geng geng tv 1 datang nak buat liputan 'Hari Ini Dalam Sejarah' pun aku x kesah.

Saturday, August 1, 2009

Kisah Doreamon dan Faizal Tahir

Gempak beb.. huiihh.. sedih pun ade.. Sape tak kenal ngan robot kucing kaler biru ni, memang confirm korang x de life mase zaman bebudak dulu. Dulu rajin gak aku beli komik dia, pinjam buat harta kat kawan, layan katun maghrib2, beli vcd movie dia..teruja giler.. sampai skang katun dia ade kuar tv lagi.
Giler feymes. Kalah mawi. Faizal Tahir buka seluar mase konsert pun belom tentu dapat chalenge kefemesan Doreamon ni.

Secara mata kasar nye, siri citer Doreamon ni da sampai last episod. Memang sedih citer last2 dia. Nak aku citer kan?

HAA.. tak payah.. baca sendiri, tak suspen la nanti.. tapi serius memang sedih. Aku rasa kalau keluar kat tv last episod ni, memang bebudak menangis, paling koman pun dorang mesti terajang dinding atau kucing berdekatan. Jangan bakar tv sudah!!

Nah baca kat sini



NOTA : kod gitar lagu sampai syurga -Faizal Tahir aku da dapat..siap bleh jaming2 gitar kapuk lagi ngan bebudak rumah. Nak join, gi ambik baldi kat belakang, masuk bunyi drum punk rock pun best gak!!