Wednesday, October 28, 2009

Negeri Sembilan vs Terengganu (1-0) - Separuh Akhir Pertama Piala Malaysia

Semalam aku tengok live kat Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi. Turun dari Shah Alam dengan semangat bola. Setting tiket ngan supupu aku, Aminul Husni, yang dah datang awal kat stadium. Malam ni kemungkinan besar awek ramai, kata nya melalui sms masa beratur beli tiket. Aku bertambah semangat.

Stadium agak meriah ngan warna merah. Macam kat Anfield dah rasa nye. Aku kasi lilit mafla merah tulis "hobin jang hobin". Kacak je rasa nya.

Perlawanan memang asyik. Awek pun asyik. Mercun meletup dengan asyik. Budak-budak rempit terpekik pekik. Referee buat perangai pelik. Aidil Zafuan kadang-kadang gedik. FRU kene herdik. Dik..

"Air oren satu,"
"Kuaci tak mau?" kata budak tu sambil memakai jersey MU.
"tak," jawab aku ringkas.

Walaupun MU baru kalah beberapa hari yang lepas, namun masih mampu mereka-mereka memakai jersey itu. Aku respect!!


Aku usha-usha mana la tau nampak kelibat Torres ke kat bawah!

Monday, October 26, 2009

Comic Fiesta 2009


Sesapa yang minat ngan semua bidang pengkartunan dan pengkomikan di harap tidak ketinggalan dengan acara sebigini. Sangat asyik.

Tahun lepas aku dah pergi ngan member dan sepupu aku. Lepak rumah sewa Paan kat Shah Alam. Tidur secara berhimpit himpit sambil layan poster black metal penuh keliling dinding. Paan adalah seorang budak hip hop yang mempunyai kawan seorang black metal. Layan.

Tahun lepas majlis agak meriah. Hampir 50% yang datang adalah cosplayer. Ada yang jadik Naruto, Yuna Final Fantasy, Pikachu dan macam-macam karekter manga. Asyik mata aku memandang.

Pesta ni berlangsung lagi tahun ni kat tempat yang sama. Kali ni aku ajak ramai-ramai budak kampung. Dari membuang masa belek motor, baik pergi tengok benda yang best. Tahun ni aku nak try pakai costum Usop Sontorian. Ok tak?

Kat sini korang boleh bergambar sesuka hati, ngan cosplayer, kartunis underground mahupun mainstream. Boleh beli produk DIY macam komik, poster, penanda buku, figura yang tak kan korang jumpa kat mana-mana kedai buku. Boleh masuk pertandingan lukis kartun. Muka-muka market boleh masuk pertandingan cosplayer. Boleh tayang awek jika sesape ade awek.

Ahhh.. pergi je lah tengok sendiri cemana dia punya happening nanti!


Aku bergambar ngan awek Malaysia versi jepun sambil memakai baju band Cekgu Fakhrul yang emo sedikit minggu ni

Saturday, October 24, 2009

Hari Konvokasyen

Tie aku sengaja kasi sengat sikit. Orang kata fesyen. Aku ikut je.

Sebelum nak naik pentas ambil fail (dah tak pakai skrol, budget lari) kat Pak Ibrahim, jubah aku di setting kemas-kemas oleh 8 orang urusetia majlis kat tangga naik. Dah rasa macam Datuk plak. Semua dorang kasi sapu. Sehelai bulu hidung pun tak de. Saat tu gak aku gelar kan 'Hari Paling Bersih Pais'. Jadi tarikh ni, tiap-tiap tahun aku bagi korang off day. Caya tak!

Masa naik pentas tu, segala rasa macam ada. Tapi aku macam biasa buat muka cool walaupun perut aku meragam ke'neves'san. Ahhh.. Dah tak sabar nak salam tangan Pak Ibrahim. Buat tak tau sudah.

Masa ambik fail tu, aku pandang muka Pak Ibrahim. Mata kami saling bertentangan. Sinaran mata bak kejora Pak Ibrahim berkilauan di sebalik cermin mata kaler coklatnya seolah-olah memberi harapan tinggi dan besar untuk aku berjaya suatu hari nanti. Sastera gak aku ni.

Ade ke patut member aku kasi cadangan suruh Shufle sebelum ambik fail. Nak kene penampar ke!!

Aku bukak fail. Laa, mana sijil. Kosong je. Ada nota je yang bagitau ambik segala sijil kat tempat ambik jubah..cis betul..

ALAMAKKK!!.. lupa plak nak salam tangan Pak Ibrahim tadi!! Main blah gitu je.. kurang ajar!

Sunday, October 18, 2009

Hari Keramat dan Kaparat

Esok 20 haribulan 10, 2009. Excident tu akan berlaku. Betul kata peramal masa depan tu. Mula mula aku tak percaya. Setelah bukti bersurat sampai ke rumah, baru lah aku terkedu di sudut pintu. Ahhh.. pedulikan. Kita mesti teruskan hidup.

Rasa macam nak SMS David Coperfiled suruh ajar macam mana nak buat badan terbelah dua. Boleh lah aku gi Konvo ngan MUET esok.

Cisss.. kredit phone plak habis!!

Friday, October 16, 2009

Paan, Bohsia dan Futsal di Shah Alam

Gambar Paan tengah mabuk. Saje aku letak gambar ni kasi dia terkujat beberapa minit.

Dengan tak semena-mena, telefon aku berbunyi. Ada orang call. Mintak-mintak la ada awek yang call. Asyik keluar nama jantan je. Naik bosan aku. Damn!!! Jantan gak. Senior aku masa Diploma dulu ajak main futsal. Cis, baru nak feeling layan filem Bohsia.

Perlawanan di antara rumah aku dengan rumah senior aku sangat dasyat. Siap ade live kat Astro. Walaupun aku perform sebijik macam Steven Gerrard, rumah aku akhir nya kalah teruk. Ni la akibat nya kalau main jenis gelecek sorang-sorang. Main la sepasukan. Patut la Malaysia tak lepas pergi World Cup.

Habis main aku terus pergi beli air kat kaunter futsal

"Bang, 100 Plus jenis tin satu,"
pinta aku dengan sesopan yang mungkin.

"Perasa ape?"
Brader kaunter tu tanya balik tapi aku tak dengar sepatah haram pun sebab dia cakap perlahan sangat.

"Ya bang, tak dengar la,"

"KAU NAK PERASA APE?"

"Arr.. yang original, yang biasa tu.."

Kenapa la brader tu tengking-tengking. Tak respect orang baru kalah ke. Cakap la elok-elok. Dah la satu tin RM2. Merajuk la camgini.

Tuesday, October 13, 2009

Excident yang Dasyat

Surat MUET dah lama sampai rumah. Dalam surat tu tulis test speaking 20 haribulan 10 2009, yakni minggu depan. Segala persiapan dah setel. Berlatih spiking dalam bilik air sudah. Tengok filem-filem omputih sudah. Karaoke kat Winamp lagu Westlife pun sudah. Khatam kamus je belum.

Semalam sesi raptai penuh dan pengambilan jubah sewa untuk konvokesyen kat UITM. Dapat je jubah terus test pakai. Sumpah. Hensem gile aku.

"Tak sabar nak konvo ngan ambik gambar hari..rr.. hari.. Hari ape kita konvo?" tanya aku sambil usha panas cermin moto member.

"Minggu depan dol, 20 haribulan, hari Selasa," jawab member aku slumber.

AHHH...DAMN!!! Camne bleh excident tarikh!!

Nota: Paan, ekau jawab elok elok nanti.. anggap den ado kek sebolah ko yo.

Thursday, October 8, 2009

Tergedi Oktober Yang Memeritkan - PAAN

Tidak mahu ku ingat lagi, apa yang telah terjadi, TERJADI OKTOBERRR.. ha korang sambung la sendiri.

Budak yang suka terajang tiang telephone jenis syiling ini akan menghadapi peperiksaan besar 20 Oktober 2009, yakni hari Isnin minggu lagi satu. Jelas dia masih rilex-rilex ayam bermain gitar karan dengan memain kan lagu Tregedi Oktober. Lagu yang penah di popular kan oleh Awie itu sengaja di nyanyi kan berulang ulang kali sempena peperiksaan yang di hadapi nya nanti. Namun, setelah di tempeleng Ayah nya, seorang bekas imam, dia mula berubah genre ke musik Cak Lempong.

Peperiksaan yang tak mengguna kan sebarang peralatan pengiraan seperti Sempoa atau biji getah ini akan di adakan secara live dan eksklusif di Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Kikir (model Khas). Seraya beliau berkata, " 2 3 kucing berlari, mana nak sama si kucing belang, siapa yang lari, kucing ke belang? ". Ternyata serangkap pantun yang penuh emosi ini susah untuk di terjemah kan maksud nya. Syabas.

Moga secara am nya di harap kan beliau akan berjaya menjawab peperiksaan itu tanpa ada unsur unsur negatif seperti meniru buku nota atau memberi rasuah kepada Tuan pengetua.

Sekian..

Weh Paan, nak masok pekso kono potong ghambut tak. Pakai selipar jo pun buleh kan?


Tuesday, October 6, 2009

Sirap Ais!!

Sedang aku tekun dan penuh fokus membuat assignment, sorang dari house mate aku, Keding, datang duduk kat sebelah. Tengok dari air muka, dia datang dengan niat baik. Bukan nak pinjam duit aku, bukan nak kutuk-kutuk artwork aku dan bukan nak tunjuk gambar awek baru kat aku. Bagus. Dia selamat dari terkena The Rock Bottom. Dengan mata yang bersinar-sinar dia kata kat aku,

"Pais, RAJIN betul kau buat asaimen!"

Tanpa melengah kan waktu, aku sikat rambut belah tepi, seting jambul, duduk depan pc, update blog. Air mata macam nak mengalir. Terima kasih Keding kerana pujian itu.

Ahhhh.. nak gi beli sirap ais la. Ha, sape nak kirim? Aku belanja..